SOLAT LAH ANDA SEMUA!!

Sesunguhnya Allah telah merencanakan segalanya. Kehidupan baru di Volgograd, Russia ini betul2 membuat aku begitu menghargai nikmat yg paling bernilai, itulah nikmat Islam. Kisah kehidupan aku di negara bukan Islam ini bagaikn satu kisah lembaran hidup yg baru, yg sudah tentunya jauh perbedaannya dgn kisahku yg lalu. Segala2 nya terasa asing bagi ku. Cabaran dan pelbagai kekangan membuatkn aku berasa betapa berharganya Islam hingga tiada lagi dapat dibanding. Ceh, saja je buat entri yg berbunga-bunga sikit..huhuhu

Tapi mmg tu lah hakikatnya. Muslim di Volgograd. Nabi s.a.w pernah bersabda yg solat tu tiang agama, sesiapa yang tinggal sembahyang samalah dia tinggalkan agama. Aku stresskan isu solat bukan kerana apa, tapi itulah tangungjawab yang the mostest importenest since we’re muslims. Solat di m’sia dan solat di rusia memang berbeza. Bukanlah maksud aku berbeza dari fekahnya atau qauli dan fiklinya, tapi perbezaan dari segi kekangan yang ada. Kat m’sia, kita boleh solat dengan selesa and happily, tapi kat Russia sebaliknya. Semayang dlm keadaan terkejar-kejar, solat kat bawah tangga, perbezaan waktu solat yg pendek, dan kawasan2 yang sewaktu dengannya.

surau-bwah-tgga

Teringat ketika 1st  time tiba kat Moscow, aku dlm group yang 1st sampai. Terpaksa menunggu yang lain sampai, maka termenunglah aku sampai masuk waktu solat. Lalu ditanya pada senior yg menymbut ketibaan yang berhormat kami-kami semua tentang kegusaran yang melanda. “Bang, nak solat kat mana, kitaorg tak solat asar lagi”…”owh, don worry be happy, jom abg tunjukkan kat mana boleh solat”

Mengambil lah aku wuduk kat toilet dgn penuh berhati-hati sekali agar tdk membasahi lantai jamban yang kekringan dan ketandusan. Seksa! Tak lah sangat, dah prctise kat m’sia time muda2 dulu. Selesai berwuduk, aku pun bersolat di belakng kaunter satu kedai dkat dgn jamban tadi..agaknya org tak nampak sangat. Wa, this is the 1st time in my life semayang kat airport kat overc. Tapi ini dikira ok jika dibandingkan ketika solat dalam flight.

Sambung kisah solat di Volgograd. Pagi2 mmg sjuk dan melenakan lagi org yah dah lena tidur, termasuklah aku. Pernah juga aku terlepas solat subuh pada waktunya, 5 atau 10 minit lewat. Sejuk air pagi yang mencengkam ke tulang sumsun mmg mendebarkan. Alah, air panas ada, so bukan alasan. Subuh berlalu. Kelas bermula pukul 8. Winter dah makin hampir, malam makin panjang, kesannya zohor dgn asar bertambah awal. Zohor menjelma pukul 11.30, asar pula dalam pukul 2.30. Ketika itu kelas sedang berjalan. Rehat yang 10-20 minit 2 digunakn tuk solat. So untuk menghambat waktu yang amat laju berlalu, terpaksa lah aku berlari-lari anak (nie hiperbola je) bersama classmates untuk ke tempat solat yg terletak di bawah tangga berdekatan pejabat dekan, yg namanya dah disinonimkan sebagai SURAU BAWAH TANGGA. Itupun klu diberi kesempatan masa yang mencukupi. Sekiranya tak cukup masa, tak solat kah aku dan rakan?…..eh solat jugak. Solat lah dalam kelas atau tepi lif rosak dekat dgn kelas tu. Fuhh…syukur dapat solat..

Hari jumaat, wah ada kelas lagi.. dah sebulan menghuni Volgograd, aku dan beberapa ramai lagi tidak berjaya untuk pergi solat jumaat.. wah sedihnyer…berdosakah aku dan raka2ku.? Jawabannya sebegini, mufti Volgograd yang konfem ar sorang muslim yang banyak ilmu tg agama berkata klu dah ada sebab yg tak boleh dielak, so nak buat mcm mane. Di sini, tengok yang mana membawa kesang yg lebih buruk. Sekiranya dengan memonteng kelas untuk solat jumaat menyebabkan masalah yang lebih besar, sebagi contoh diterajang keluar dari university, so dimaafkan tidaj pergi solat jumaat.namun, aku tetap berharap agar dapat pelung pegi solat jumaat. i’allah..

Emm..dalam kesusahpayahan dan kesungguhan muslimin dan muslimat Volgograd berusaha untuk memenuhi solat lima waktu, ada juga yang tak sembahyang. Yang aku katakn nie orang islam la, yang bukan islam tu aku tak kisah. Bukanlah nak kata aku ni baik sangat nak komen-komen org lain, tapi memang tak patut ar klu tak solat. Sedih sugguh. Walaupun hidup seribu tahun, kalau tidak sembahyang, tiadalah gunanya( lirik lagu saujana). Sebenarnya  kalau tinggal solat memang bahaya. Bukankah solat itu mencegah dari kemungkaran. Kalau dah tinggalkan solat, benda lain akan menyusul. Makanan halal haram tak ambik kisah, pergaulan akan terbebas, dan macam-macam lagi lah masalah yang lebih besar dan rumit yang akan tertimbul.

Fuh..so nasihat untuk kawan2 dan diri aku yang selalu lalai nie, solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Umur kita tak panjang, makin hari makin pendek. Kalau esok bukan milik kita lagi, kita akan menyesal..Ingatlah masa yang berlalu bukan milik kita, sesungguhnya detik ini sajalah milik kita..so fikir-fikirkanlah.

 

Advertisements

About atikullah

hospital tanah merah sk tebing tinggi mrsm kuala lipis mrsm peng. chepa intec russian programme volgograd, russia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s