secebis pengalaman tidak cukup!!

“Pachimu vi nye nadivayet tiopluyu kurtku? Seicas uzhe ocen khalodna na ulitse?..zaftra obizatilna, nadivaimie kurtku!! (Kenapa hang semua tak pakai winter coat ha..sekarang suhu dah makin sejuk..esok, macam mana pun , pakai winter coat)”…aku, Dauh, dan Pok Jak mendengar sambil tersengih-sengih kambing. Emm, sungguh prihatin Russian lecture kitaorang. Tiap hari, ade je nasihat yang dihamburkan dengan penuh gaya ke atas aku and the gang. Kadang-kadang, terasa seakan-akan dilayan macam budak2 kecil, tapi itulah hakikat kitaorang semua pendatang baru, masih kosong dengan pengalaman hidup di negara sejuk nie…hanya secebis pengalamn tidak cukup!!!…dijangkakan dua tiga hari lagi suhu akan jatuh menjunam, -6 or -7 0C, maknanya musim luruh akan melabuhkan tirai bagi menjemput musim sejuk yang pastinya menjanjikan seribu persoalan (apa kaitan??)…

Petang tadi kitaorg berkunjung dengan menggunakan kaki ke planetarium Volgograd..sepanjang pengembaraan ke planetarium, aku memang dpat rasakan perubahan suhu yg dah jadi semakin sejuk dan semakin sejuk. Baju dua tiga lapis yg dipakai masih lagi tidak dpat menahan panahan angin yang bertiup beku.  Bibir kekeringan, telinga kemerahan, kulit kegatalan, dan macam2 lagi kesulitan yang sedang dihadapi. Fuh, macam ni rupanya keadaan bila suhu dah mencecah tahap beku, 00C, ataupun mungkin ini hanya dihadapi oleh aku?..aku pun tidak mengerti.. tapi ini semua dah aku jangkakan..

volgograd planterium

                                  keunikan hasil seni bina seakan2 hasil bina grik purba

 

Perjalanan yg mengambil masa tambah tolak 10 minit telah berjaya mendaratkan kami ke tempat yang digelar planitarii dalam bahasa rusia. Tempatnya agak menarik, namun juah berbeza dgn yang m’sia punya. Jika m’sia menampirkan kekompleksan dan seni2 yang dicungkil drpd kecanggihan teknologi, planetarium Volgograd pula menampilkan cirri-ciri kesilaman purba kala. Binaan bangunan yang seakan hasil seni grik purba, dihiasi pula dengan lukisan2 yg dihasilkan dari kaca2 berwarna ( yang pada awalnya idea saintis rusia yang terkenal dulu, Lamonasov) , dan ditambah pula dengan tiang-tiang marmar yang diselit ukiran2 fauna, mengingatkan aku tatkala  Galileo Galilei membuat pembaharuan teleskop dulu untuk memerhati nukilan-nukilan bintang yang bertebaran angksasa yang terbentang luas. Wah, alangkah rugi kerna dia tidak sempat memahami milik siapakh keunikan ini..

Tayangan slide pasal bintang2 dan planet pada asalnya agak menarik, namun kerna 150% diterang dlm Russian, so as a result aku menggunakan peluang ini untuk tidur sepuas-puasnya. Boleh dikatakan hanya 20% je aku paham, yang selebihnya aku bagi bunyinya mcm bertih digoreng, tak paham satu habuk pun. Namun, ada juga manfaat yang aku kutip tadi, walau tak banyak. Mengamati keindahan dan keunikan bintang2 dlm tayangan tadi, sebenarnya membuatkan diri ini terasa kerdil, hina, lemah, dan langsung tidak bermaya.  

 

 

Advertisements

About atikullah

hospital tanah merah sk tebing tinggi mrsm kuala lipis mrsm peng. chepa intec russian programme volgograd, russia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s