LET IT BEGIN!!!

“Ok..this is the first cervical vertebra which is called atlas. It doesn’t have distinct corpus like other vertebrae..and bla bla bla..emm.. I think we need a 15 min break..open ur book and study all this vertebrae on ur own”..

……lantas bunyi tapak kasut yg menyentuh lantai2 mosaic memekakkan telinga disusuli hempakan  pintu yg mampu memengsangkan pesakit jantung. Senyap seketika…memandang satu sama lain…terkelu dan keliru..

Cahaya malap mentari yang menembusi melalui tingkap kaca yg baru direnovate sdh cukup menerangi kelas yg agak kontemporari itu. Susunan meja yg agak cacat memusnahkan saujana mata memandang. Mumia yg dibaringkan di bahagian belakng seakan akan memahami perasaan kebingungn aku dan grupmates yg lain. 

Tulang yg diberi nama atlas tadi dicapai untuk diteliti. Foramen atlas ternyata lebih besar berbanding yang lain. Kenapa dan mengapa?..persoalan yg tidak terjawab. Sepeninggalan lecturer anat tadi, pengembaraan baru saja dimulakan, namun tanpa “tour guide” yang bakal menentukan arah. Segala-galanya ditentukan dengan hipotesis masing-masing, meneliti dan mengenal pasti lekuk-lekuk dan permukaan tulang yang lantas menggambarkan kekangan yang bakal dihadapi sebagai pengembra di dunia perubatan. Letih dan hampir putus asa bila tidak pasti akan jawabannya.

 dscn1193

    Kanak-kanak excited tatkala memegang tulang manusia yang asli  untuk pertama kalinya

 

15 minit berlalu begitu saja. Mentari makin menampakkan kekuningan wajahnya, menghilangkan kabus pagi yang langsung mengehadkan jarak penglihatan, 50 meter barangkali. Daun pintu yang aku rasakan seberat  100 kg diselak lagi, lantas darinya muncul lecturer anat kami dengan wajah yang sama. Kadang2 tersenyum mengharapkan dapat menenangkan hati kami. Namun, kadang-kadang terpancar juga rasa kebimbangan di sebalik raut wajahnya. Mungkin baginya, berat sekali tanggungjawab sebagai nakhoda yang bakal memandu kami yang jauh berbeza budaya, agama, bahasa, bangsa, warna kulit, juga tingkah laku.

Suasana riuk pikuk tiba-tiba saja menggantikan suasan suram, keliru, dan penantian.

“ur home task is to read about the vertebrae and ribs, next week we’ll having a test.”

Air liur, atau dengan bahasa sopan, ‘saliva’ yang dari tadi seakan akan tersekat dek anak tekak ditelan sejurus saja telinga ku mengesan butir2 percakapan terakhir lecturer kami. Masihkah ada ruang kosong dalam otak aku untuk diisi dengan nama-nama lekuk, permukaan juga lubang2 pada tulang itu, sedangkan bagi aku semuanya seakan-akan sama, tiada bezanya.

‘bakhili’ (plastic yg cover kasut tu) aku tanggalkan. Lab coat dilipat rapi ke dalam bag galas berwarna coklat bagi memberi ruang pada badanku untuk disarungkan dengan winter coat dengan harapan dapat membekalkan haba pada badanku.

Langkah dimulakan, pantas dan makin pantas, menuju ke stesen tramvai yang agak jauh lokasinya. Marfological Campus di mana terletaknya kelas anatomy makin lama, makin jauh dari pandangan, sehinggalah terus hilang di balik kabus yang masih lagi menebal.  

 Kelas anat untuk pertama kali ini menjadi titik permulaan atau dalam linguastik matematik, origin bagi aku menetukkan rentak-rentak yang mendatang. Mampu atau tidak aku tidak tahu. Namun, aku berharap Allah memberi kesempatan agar aku mampu meneruskan perjuangan ini……

 

Advertisements

About atikullah

hospital tanah merah sk tebing tinggi mrsm kuala lipis mrsm peng. chepa intec russian programme volgograd, russia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s