SALAM AIDIL ADHA

AIDIL ADHA TIBA LAGI..

Di Malaysia,

Di mana-mana masjid,

Takbir bergema menandakan 10 Zulhijah menjelang lagi,

Pujian-pujian bagi yang Esa,

Atas nikmat yang tidak terkira banyak,

Siangnya pada 9 Zulhijah,

Ramai yang tidak melepaskan,

Keberkatan puasa sunat padanya.

Ayah mungkin telah menambat lembunya,

Di belakang rumah barangkali,

Rumput dihidangkan pada si lembu,

Lebih banyak dari biasa,

Esok bakal dijadikan korban..

 

Di Arafah,

Tidak jauh dari Masjidil Haram,

Jutaan manusia,

Dari seluruh pelosok dunia,

Dengan pakain yang sama,

Dengan status yang sama,

Hamba pada yang Esa,

Berkumpul bersama,

Menghinakan diri padaNya,

Kerana lemahnya manusia,

Hamba kepadaNya…

 

Di Russia,

Di Volgograd,

Pada malam yang sama,

Bakal menyambut hari yang sama,

Namun, aku bersama buku kimia,

Ditelaah dengan penuh perhatian,

Kerana esok test bakal dijawab,

Di Aidil Adha..

dscn1163

 

Salam Aidil Adha dari perantauan buat emak, wan, dan family tercinta di Tanah Merah, Kelantan, guru2 mrsmpc dan mrsmkl, buat pensyarah INTEC UiTM, dan kepada semua rakan-rakan di Malaysia. Bersempena hari mulia ini, jari disusun maaf dipinta sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa, terumpat terkata, membuat hati terasa, atau terpukul di mana-mana. Dengan ucapan makan daging jangan sampai lupa kami di sini..huhuhuh..sedih tak dapat beraya bersama…(takleh masuk perantau kat utusan Malaysia pun takpe lah)

 

 

 

 

Advertisements

About atikullah

hospital tanah merah sk tebing tinggi mrsm kuala lipis mrsm peng. chepa intec russian programme volgograd, russia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s