AKU PUNYA SABTU..

 

Sabtu, 13 December 2008, 6.00 a.m.

Alarm handset betul2 membuat rasa menyampah tatkala terlingkup di bawah selimut di atas tilam empuk, ditambah pula suhu -2C mula menggila di luar sana, sejuk. 6.15 a.m, alarm berbunyi lagi.

 

Tubuh menggigil sebiji macam penagih dadah kat Lorong Haji Taib (andaian semata-mata) bila tubuh yang sekeping menyentuh air paip yang kurang bersih mungkin, tak jernih sejernih air Jeram Linang (waterfall yang famous kat Kelantan), putih seakan akan air basuhan beras.

Solat tiang agama.. Rasulullah s.a.w bersabda :
“Solat itu adalah tiang agama (Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat, dia telah menegakkan agama. Dan sesiapa yang meninggalkan solat, bererti dia telah meruntuhkan agama”.

Aku punya sabtu tiada maknanya dlam kehidupan aku kat Volgograd ni.

8 a.m: kelas anat kat Morfo Korpus. Trolibus dan tramvai buat hal. Lambat dan lembap. Hari sabtu memang macam tu, hari tak berkerja, tapi hari belajar (hampeh!!!)..kali ni, belajar pasal unpaired bone of skull. Walaupun memang payah nak faham dan ingat, buat-buat faham je lah agar tidak merumitkan lagi lecturer kitaorg.

dscn1248

   tengkorak tu tak lain tak bukan selain untuk tujuan belajar, tak lebih dari tu

 

Aku punya sabtu tiada maknanya dlam kehidupan aku kat Volgograd ni.

Kelas anat melabuhkan tirai, beralih pula ke  informatics building. Singgah beli katlet (sejenis kuih halal kat Volgograd yang paling masyhur namanya dlm kalangan student m’sia…eleh bentuk sebijik cam cekmek kat Kelantan)..

Jutaan terima kasih buat lecturer informatics yang berbibir merah semerah delima kerana melepaskan kami awal. Hepi hingga sukar untuk digambarkan.

Solat tiang agama..

                  “teRinGat hari yang SaMa 2 MinGGu lePaS…”

Aku: semyang katne?

Pok jat: kat bilik ar kut, selesa sikit…

Dauh: emm, selesa sikit..

Aku: betul2..

Sepeninggalan dari informatics building, tramvai ditunggu dalam 5 minit (40 minit sebelum asar)..tramvai yang didakwa seakan-akan kl monorel barangkali (dari segi fungsi saja, bukan fizikal) berhenti di stesen ke-2..

Trolibus yang ditunggu tak kunjung2 tiba..Jalan sesak dengan ratusan atau ribuan kenderaan barangkali, static dan pegun, tak bergerak.

Keadan cemas dan bimbang..

“Jom ar kita lari balik Hiroshima (bukan kat jepun, tapi nama jalan di mana terletaknya hostel kami…pernah juga terfikir apa kes letak nama 2)”, pok jat bersuara dalam kebingitan jalan raya..

Oleh kerana kami berpegang sepakat bila bersama, dirasakan lari balik ke hostel bukanlah satu perkara yan gila untuk dilakukan. Walau aku rasakan aksi itu agak melampau, tak salah kalau buat marathon tatkala suhu sejuk membeku.

Syukur, akhirnya kitaorg berjaya smpai dalam masa 20 minit dengan jarak 2 km. Bangga seakan akan baru memenangi Olympic game. Solat tiang agama..kesan dari marathon itu, sendi2 buat hal dlm masa 2 hari..

 dscn1221

  terima kasih kpd si mayat kering yang sudi posing bersama kami. (break during anatomy class)

russia-natiaonal-tree

 gambar hiasan: russian national tree bagi aku mirip pokok getah akt kampung aku membuatkan rindu kampung halaman

13 December 2008, 10.00 malam

Aku punya sabtu tiada maknanya dlam kehidupan aku kat Volgograd ni.

Buku kimia menjadi teman lagi..tatkala mentelaah arhenius theory, teringat muka lecturer chemistry yang psycho, yang selalu member senyuman sinis.

Sebagai rutin hari isnin, test kimia menjadi santapan pagi.

5, 4, 4-, 4-, 3- (statistic markah test chemistry yang menunjukkan penurunan sekata)..i’allah akan dibaiki balik biar jadi 3-, 4-,4+, 5-, 5+, 5+, 5+ ….3- bermakna aku di jurang kegagalan..sukar sungguh untuk menilai system satu hingga lima, usah dipertikaikan.

 

11 p.m. : bantal ditepuk tepuk, badan dibaringkan atas tilam empuk, doa disebut2, mata dilelapkan. Bersedia untuk cuti hari ahad yang juga bakal tiada membawa maknanya tatkala banyak benda yang perlu dilakukan..

 

Aku punya sabtu tiada maknanya dlam kehidupan aku kat Volgograd ni…

 

 

 

 

 

Advertisements

About atikullah

hospital tanah merah sk tebing tinggi mrsm kuala lipis mrsm peng. chepa intec russian programme volgograd, russia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s