Hidup ragamnya bermacam..

Alhmdulillah, pejam celik pastu pejam lagi dan celik balik, umur dah makin pendek, dah tua. Kalau gulai, ini masanya nak tambah asam gula garam, kalau hidup ini masa nak tambah pengalaman, suka duka, kemengan dan kegagalan, rindu dan benci, dan seangkatannya. Yang pasti, hidup berkomuniti, kadang2 asamnya terlalu masam utk ditelan, garam terlalu masin nak melalui peristalsis kat esophagus. Mana mungkin bagi aku tiap yg hidup itu mampu memuaskan hati semua pihak, mana mungkin sorg mkluk bernama manusia bisa membuat semua org tersenyum, senang dgn kita, mana mungkin. itu hakikat, walau kadang2 pahit nak ditelan, nak diludah menjijikkan [org rusia suka meludah], sebab itulah akhirnya semua masuk berkecamuk. Dan, mana mungkin jugak kita akan berpuas hati dgn semua org, namun peraturan alam menetapkan kita menerima, kerana itu mmg sifat manusia.

Melihat manusia-manusia, ragamnya bermacam. Jernih pada wajah, namun menggelegak pada jiwanya, raut wajah berukir senyuman, tapi pedih hati bagai diguris, senyap perwatakan, tapi tertekan otaknya, hingga kadang2 akal tak mampu menmpung, akhirnya memusnahkan masa depan. Itu yg ditakuti, kalau tak manakan ada pepatah tenang2 air di kali, manakan tiada buaya.

Itu sebenar reality yg aku sedar, yg aku lihat dgn kalis mata sendiri, yg merasa dgn jiwa tanpa raga sendiri, tatkala mana aku mengikut hayunanan kaki, mendengar dan mentfsirkan, menilai, dan meOUTPUTkan [ bukan bererti mengumpat]..

Di hostel, di tepi jalan, atas bas, di kedai, dalam kelas, dalam lecture hall, dalam sportivni zal, di m’sia, di russia, mereka bermacam. Aku sebagai contonya [mungkin grupmate pom same] mersa kdg2 peritnya, boringnya, stressnya, ngantuknua tatkala kelas ruski, kerana apa?. cikgu kami ragamnya tersendiri, tapi kami dgn rela dan terpaksa terima dgn senyuman tipu, kerna kami juga dgn ragam kami sendri.

Ceritanya tak banyak beza bila bercerita kita dgn kawan, kita dengan roommate, aku dgn mama (cleaner hostel), kerana kita semua manusia. Bukankah manis teh akan hilang kalau kopi ditambah, bukankah nasi pun mampu hangit. Jadi sama dgn kita, dalam kita berkawan, kdg2 kita suka2, kdg2 benci, tapi kita sembunyi dgn sandiwara, demi jaga hati insan bernama manusia..

Manusia juga miliki personality berbeza, takkan semua sama, klu semua sama hilang warna warni hidup Aku dgn roommate pun sama. Aku junior, mereka senior. Aku sebenrnya menumpang je bilik diaorg. Itulah kdg2 aku takut klu aku terlampau batas, membuat hati mereka tidak senang. Tambah2 aku mmg x bnyk ckap klu ngn org lebih tua, aku takde modal nk ckap, dan takut terlanjur kata, payah. Tapi kdg2 senyap2 sgt payah, manusia tafsir org senyap sbgai sombong, isolated, tak suka bergaul, etc..tapi bukan semua bgitu, bukankah klu ada yg bising, pasti ada lawannya senyap, klu ada peramah, ada yg diam, semunya berpasang. Jadi kalaulah roomate aku terbaca psot ini, aku mmg mintak maaf sgt2 klu ada buat roommate sakit hati dgn aku punye ragam, klu buat hati terasa, menyampah tgok diri ini. Tapi, from bottom of the heart, hormat sorg junior kpd senior itu mmg ada..maaf klu x bnyak cakap, kdg2 x tegur pon diaorg, mintak maaf sgt2..i’allah akan cuba berubah..

Hidup, inilah yg dinamakan hidup. Kalau cakap hidup tak pernah duka, samalah dgn jari tak pernah terluka, tak mungkin, manakan ada.

Advertisements

About atikullah

hospital tanah merah sk tebing tinggi mrsm kuala lipis mrsm peng. chepa intec russian programme volgograd, russia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Hidup ragamnya bermacam..

  1. ZAIM says:

    menarik…
    sume org ade bnde ni
    espc sy
    huhu
    etc
    ma tanye lapar ke?
    kenyang ag..
    ma tanya ley jwb ke exam?
    ble,mcm mkn sushi
    kah3
    bnde ni sme dtg dr perasaan
    perasaan ni rasenye ada relation with a cluster of cells namely of our heart,
    but,in this case,it cnt be seen,toch n so on
    sy ad terbaca satu buku dr indo..
    perasaan ni jgk origate from our thinking,
    either over think or instead,
    cnthnya, kajian dr amerika,
    patient with a disease can be treated if perasaan diorg cool..
    dlm suroh adz zariyat..
    setiap musibah dtg dr diri mrk
    n setiap penyakit ada ubat
    n sape y mymbhkan patient tu?
    of course, the Creator,
    who’s Creator?
    ALLAHHUAKBAR
    bukankah dgn mengingati ALLAH hati akn menjadi tenang?
    nah..ni jwpn solid!
    kenape Dia buat bnde ni sme?
    of coures sbb Dia syg pada kita
    nape sayang bg kite penyakit?
    nape xbg 4.00
    ans:sbb Dia nk suruh ingt Dia la
    then,hati jd tenang,jd kita x main2…
    n byk lg sbb..
    snaye byk lg nk gtau
    tp ruang x mengizinkan sy ,eaip lg,
    sampai sni sje…
    sory mat ni giliran sy plk membebel dlm blog awk
    RABBI YASSIR WALA TUA’SSIR
    WAJ’ALNA MINAN NAJIHIN..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s