dah UP sikit!!!

3 bulan pertama dalam sem pertama dalam dalam tahun pertama pengalaman pertama hidup di RUSSIA, ceritanya begini:

~

Setiap pagi pada tiap hari, pada mana blom naik pon lagi mentari, seangkatan kami yang muda mudi, dah mulakan hayunan kaki, ikut kata hati, berlari-lari merempuah pejalan kaki yg selang seli di tengah jalan yg tak sunyi, hinggalah kami sampai di bus stop letaknya di jalan tepi, dgn nafas berbunyi, sakit2 sendi..

Hinggalah bas bertali itu dinaiki, sesak-sesak dgn org ruski, dari jauh tgok makcik konduktor yg pakai baju biru2 berry merenung tajam kalis mata kami, ini bererti..menyeluk kocek seluar tepi, betulkan rambut biar rapi, tarik senyuman smpai penuh pipi, kami angkat studenceski( bus pass), kasi makcik tu happy sebab kami semua jujur dan baik hati…

Kalau nasib tak baik sikit, warga2 emas ruski beri senyuman sinis dgn mata kasi juling sikit, tanda tak puas hati bila mana bagasi atas belakng tersentuh hidung tinggi atau bahu sisi..keberangkatan dan kepulangn ke dan dari uni tak lain pom, ceritanya sama jer, walhal mentari sekali pom..

Perierif!!!! ( rehattttttt)..satu magic word (kata cg bio sem lepas) yg buat kami hepi, bile dah blajar ruski smpai dah kerut2 dahi, sebabnya intensif bagi utk kami muda mudi..kantin univrsiti tu je tmpat diketahui, tempat makan salad merah kuning, klu tak pom roti keras buat baling anjing, dan teh free yg panas berapi..biar lidah punya deria tak ngerti, tapi perut senang hati…iramanya gendang genduk tali kecepi, kenyang perut senang hati…

Sedih bukan ceritnya, tapi bukan satu isi penting utk dikomen tak puas hati, hanya masa dicari tuk membiaskan diri, biar suatu hari, kami mengerti…

~

 Tapi sekarang, kami dah up sikit…kalau benih kan bercambah, pokok kan berbuah, bunga kan berkuntum, begitu kami kan melangkah asalkan berpegang akar umbi asal diri, jgn sampai hilang jati diri..

Cerita kini pun turut berevolusi

Kalau dulu bas bertali, sekarang kami pilih masyrut berwarna kuning ( psnnger car)..biar belanja lebih sikit, tapi save minit dan rehat sendi2..

Kalau dulu, hanya kelas ruski dari pagi smpai hujung hari,, kini tolak ruski tepi, tambah subjek2 medic, histologi, anatomi dan lain yg turut mengikuti..itulah kami perlukan energy..

Jadi, kalau dulu kantin di unvrsiti  saja, kini kunilari di blkang tuh, makan salat pelbagai rasa, klu tak pon cheese pie, ataupun katlet halal dkat morpho campus…

Kalau dulu, mkan nasi lauk tak jadi atau magi, tapi skng kami masak kalah chef kat tv, dah pndai masak spaghetti yg sedap smpai jilat jari kaki..

kalau dulu tidur sepnjang cuti, skang lebihkan utk study…

dan kalau dulu pgalaman empty tapi skang dah bercambah2 sikit, biarlah begitu sebab yakin suatu hari nanti pasti jadi bukit….~

 

About atikullah

hospital tanah merah sk tebing tinggi mrsm kuala lipis mrsm peng. chepa intec russian programme volgograd, russia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to dah UP sikit!!!

  1. Sid says:

    Atiiikkk!!
    suka baca blog ko.
    best!

  2. zaim says:

    waa
    ni dah expert la ni
    bgs2
    keep uo a good work!
    huhu

  3. Tiqi the Coming says:

    wah…seronok ko mat. denggi skit aku. anyway… benda yg ko buat sekarang ni bagus bebenor…tergelak aku bac. maklumlah bekas pidato…he..he..he…

Leave a comment