pulang~

Dengan kegembiraan pulang ke ganggang,

dengan kerinduan seorang jantan,

darah yang berderau bagaikan taufan,

derap2 daun kering di lantai hutan,

juga turut sama bersuara lantang,

di balik desiran dedaun hijau yang beralunan,

`rumahku syurgaku` tetap jadi impian,

pulang jua aku ke bendang,

mengahabiskan cuti sekangkang.

 

Kini,

lolong angin barat bertiup lagi kencang,

meniup pergi semangat usang,

memintal bersama satu panggilan,

agar aku kembali berjuang,

di gelanggang tidak bertepian,

letaknya di bumi luas saujana memandang,

 

aku benci aku tentang,

mampu kah aku melepaskan,

rindu yang terpendam,

malas yang bersarang,

nafsu yang menahan,

 

tapi,

kerana pegangan yang digenggam,

amanah di belakang,

pasti aku tak lari pukang,

bukan jantan keluar padang,

hanya kerana rasa mengekang,

tak mahu kalah kecundang.

 

Atas dasar keyakinan,

juga prinsip kepercayaan,

aku akan pulang~

 

DSCN1735

pulang~

dengan ucapan;

kpd rakan seperjuangan selamat pulang ke Russia dan salam Ramadan.

 

p/s; adus, kalau tahun ni cuti sekangkang, taun depan cuti sepanjang lengan, makin pendek gara2 praktikal [berkesankah?]

 

 

 

Advertisements

About atikullah

hospital tanah merah sk tebing tinggi mrsm kuala lipis mrsm peng. chepa intec russian programme volgograd, russia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to pulang~

  1. tqah mamat says:

    selamat pulang…
    tlg jge keyri jgk.. hehehe…
    xpe la cuti sekangkang pom..
    next year blh cuti lagi.. hihihi
    confem berkesan.. ^_^

  2. atikullah says:

    jaga keyri…i’allah..xper keyri udah ckup umur taun nie..bkn underage dah..hehehhehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s