rencah~

Kadang2 aku rasa takut bila memikirkan perlakuan seharian, perckapan pun sama. Takut yang bagaimana? Takut kalau2 setiap tindak tanduk kita ada kala membuat orang terasa sakit, kecewa, benci, meluat dgn kita.

Entahlah, bagaimana nak dihuraikan dgn panjang. Tapi, prinsipnya kita manusia, tak lekang dek kesilapan, walhal kita x perasan sekali pun.

Hidup berkawan membuat kita merasakan perkara ini. Analogi nya senang; semalam kita bergelak ketawa dgn mereka, berbincang bertukar pendapat, seakan2 semuanya ok2. Tapi, hari ini, saling senyap membisu, bila ditegur, jawab sepatah, yang selebihnya membisu, malah pandangan pun cuba dielak.

Inilah yang mengetuk hati dan minda. Membuat kita bertanya, di mana kesilapan atau ketelanjuran kita; mungkin dalam gelak ketawa semalam kita membuatnya kecewa, atau perlakuan yang mengguris perasaan. Atau mungkin masalah lain yang dihadapi. Itulah yang mengelirukan. Patutkah kita bertanya tg masalah, atau meminta maaf. Namun persoalanya atas dasar apa? atas dasar mengmbil berat, tapi, hal peribadi bukan semua orng suka berkongsi, bercerita.

Tapi, disebabkam rasa cakna, kita akan terpinga2 memikirkan jawabnya. Bukan apa, kita juga sudah berjuta kali mendengar, melihat, malah menyebut frasa `carilah kawan yang mampu bersama ketika ketawa dan menangis‘. Biar bila dicubit paha kiri, paha kanan turut terasa. Cari kawan yang berani menegur ketika hanyut, tambah2 bila berjauhan dari tazkirah2 [mana nak cari ustaz bagi tazkirah kat russia nie].

Itulah harapan, agar semua kembali pada normal,kalau sungguh ada yang tersalah, maafkanlah, biar tenang je persahabatan.

Advertisements

About atikullah

hospital tanah merah sk tebing tinggi mrsm kuala lipis mrsm peng. chepa intec russian programme volgograd, russia
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to rencah~

  1. ahmedkzaman says:

    salam alaikum
    insyaAllah boleh dicari sahabat camnih kt Russia
    yg xkn malu utk mnegur kte..
    yg xsabo utk mngajar kte..
    yg xbosan utk brsama kte..

  2. Zaim says:

    Ble tbca bnda ni, kawe pun tpikir bnda y sme,situasi ari ni ‘ok’ esok ‘ko’ tu nmpk mcm prkra bese2, tp bile dpkir pjg, mce x sdak at plok,
    ble dpikir2,
    ad sbbnya nabi ajar kte cr bkwn,
    tgk cr shbt nabi,
    trbinanya ikatan pshbtn atas ‘dasar’ ukhwah islamiyah,
    jauh skali ats ‘dsr’ kekufuran yg scra plhn2 kte mkn trpngrh,
    kdg2 mls nk lyn org len sbb terbebn dgn mslh peribd, asgmt xsiap lg dok, wat bzr mse ak jah lyn pok2 nh, bke dio laye kto ng bek pon dok, tnyo spth, jwb ng tgn,
    tp, ni la msia hok malaikat bantah maso mulo2 Tuhan nk wat adam as, tp, ado sbnyo Tuhan nk wat kito, sb Dia lah maha mengetahui,
    m0ral jgn ingt diri tu hebat sgt,
    sb otok hok ado atah palo kto nh hok Tuhan, bke hok m0k bpok kto, dsmpg berhusnul zhon dgnNYA.
    Jgn sdh at mat!shukran jazilan jd shbt yg bek..
    2.33 am msia.jazakallah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s